AIDS
AIDS sejenis penyakit yng hingga kini setelah kita memasuki tahun 2000 belum lagi ditemui vaksin penyembuhnya. Kita dikejutkan dengan penyakit yang begitu menakutkan,meyaksikan sejenis penyakit yang akan membunuh beribu-ribu malah berjuta-juta melalui jangkitan penyakit AIDS.
Gejala AIDS telah berjaya memperdaya umat manusia semata-mata kerana kelemahan agama, kelonggaran akidah dan kelemahan iman mereka.
Sebenarnya prinsip pencegahan lebih penting daripada mengubati penyakit ini. Prinsip ini terbukti sangat penting dalam mengubati penyakit AIDS kerana penyakit yng dibawa oleh virus HIV sangat merbahaya apatah lagi penyakit ini tidak boleh diubati.
FAKTOR-FAKTOR yang menyebabkan jangkitan HIV
· Mengadakan hubungan seks yang berterusan dengan seseorang yang mempunyai viru HIV.
· Mempunyai ramai rakan seks
· Apabila seseorang melakukan hubungan seks melalui lubang dubur.
· Apabila amalan seks itu melibatkan benda-benda yang keras yang dimasukkan melalui saluran faraj atau saluran lubang dubur.
· Kemungkinan mendapat jangkitan adalah lebih besar,apabila seseorang itu mengadakan hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai penyakit AIDS pada peringkat yang teruk.
· Kemungkinan penyebaran virus HIV melalui darh bergantung kepada jumlah virus yang terdapat di dalam darah.
· Jika darah itu dicemari oleh virus HIV dalam jumlah yang besar,maka apabila darah diterima oelh seseorang berkemungkinan besat ia akan dijangkiti oleh virus HIV.
Jangkitan akan mudah terjadi jika:
-adanya jangkitan skuder pada permukaan mukosa.
-kandungan virusnya yang tinggi
-pendedahan yang seringkali terjadi
-tahap penyakit yang teruk
-melalui susu ibu
-melalui air liur(1%boleh dijangkiti)
Jangkitan virus melalui pekerjaan
Pekerja-pekerja yang berkait rapat dengan darah seperti doktor, jururawat, mereka yang bekerja dibidang perubatan mempunyai risiko tinggi kepada jangkitan virus HIV. Satu penyelidikan yang telah dijalankan di antara 800 cucukan yang terjadi, Cuma lima saja pesakit yang mendapat jangkitan HIV. Ini bermakna kadar jangkitan kurang daripada 1%.
Jangkitan virus melalui penyalahgunaa dadah.
Jangkitan virus HIV dalam kalangan penyalahgunaan dadah adalah sangat tinggi. Adalah menjadi amalan penagih-penagih dadah untuk menyedut darah ke dalam picagari yang mereka gunakan dan menyuntik semula ke dalam pembuluh darah mereka. Picagari dan jarum-jarum yang mereka gunakan ini pula digunakan berkali-kali dan dikongsi bersama oleh beberapa penagih yang lain. Ini akan meninggikan lagi risiko jangkitan virus dalam kalangan penagih dadah.
*TEMPOH UNTUK VIRUS HIV KIAN MEREBAK DI DALAM SALUR DARAH UNTUK DIKENALPASTI MENGAMBIL MASA LEBIH 10 TAHUN..
TANDA-TANDA AWAL KEPADA PESAKIT
· Pesakit berasa lesu
· Demam yang berterusan
· Sengal-sengal otot dan tulang.
· Sakit tekak dan mungkin terjadi pembengkakan kelenjar. Pada peringkat ini ujian antibody HIV masih negatif.
· Boleh melibatkan sistem saraf dan pesakit boleh hilang ingatan.
· Kurang daya konsentrasi.
· Pertukaran personaliti.
· Muram,mudah meradang.
· Pembengkakan otak dan selaput otak(meningitis)
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
· Carilah pekerjaan yang halal untuk menampung hidup.
· Jangan mudah terjerat dengan pujuksn lelaki.
· Lebih baik mencari rakan yang soleh untuk keselamatan diri.
· Jangan mendedahkan diri di tempat maksiat
· Dalami ilmu agama walaupun ibu dan bapa tidak dapat memberi ilmu itu kepada kita.
· Jangan salahkan orang lain jika terjadi sesuatu yang buruk kapada kita.
· Jika sesat dihujung jalan,cepat-cepatlah kembali ke panggal jalan.
· Periksa terlebih dahulu sebelum menerima seseorang pasangan dalam hidup.
· Pastikan latarbelakang dia seorang pasangan yang normal
· Tanyakan kepada rakan-rakannya kegiatannya di masa lapang.
· Berjumpa doktor untuk mengadakan ujian darah sebelum berkahwin.
· Jangan terima lelaki atau wanita tersebut jika mereka ada virus HIV positif.
· Terimalah lelaki yang soleh dan bersih daripada sebarang penyakit fizikal dan mental
*sekadar untuk peringatan kita bersama..
semoga diri kita terhindar daripada menyakit yang merbahayakan,,amin..;)

No comments:
Post a Comment