Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

DENGGI

assalamualaikum..


entry kali ni aku nak share pasal denggi..
seperti yang kita tahu denggi merupakan virus yang dibawa oleh nyamuk aedes(ntah btol k x ejaan tu)..hahaha
 sejak akhir-akhir ini banyak kes denggi tempat aku pratikal..
area Kota Bharu,,,
hampir setiap hari akan ada admission pesakit disebabkan denggi..

kadang-kadang simpton denggi ni kita tak perasan..
lain orang lain simpton(tanda-tanda)
mengikut pemerhatian aku,,
simpton denggi ialah
-demam yang tinggi
-demam yang tak kebah dalam masa yang lama
-kejap demam kejap x
-mengalami pendarahan di gusi..
-pengeluaran darah haid yang luar biasa(banyak)
-letih lesu
-penat
-sesak nafas
-pucat
-bintik-bintik merah di permukaan kulit
-sakit kepala
-sakit sendi
-dll(untuk info yang lebih lanjut boleh tekan disini http://www.celikvitamin.com/blog/punca-dan-rawatan-bagi-demam-denggi/)


penawar??
selain pergi hospital
boleh lah dapatkan penawar daripada orang-orang tua yang lebih berpengalaman
setakat pemerhatian aku..
aku dapat 2 penawar

1)sup ketam nipah...
 insyaAllah menjadi,berdasarkan pengalaman mak dan ayah aku     serta para pesakit yang aku jaga dalam wad...mesti akan ada relatives dorang bawa sup ketam untuk dorang..bolah turunkan suhu katanya,,(selagi suhu tak turun ke paras normal iaitu 37 darjah selsius doktor tak akan bagi balik..hehehe...)
untuk pengetahuan suhu yang dikira sebagai demam ialah 37.4 dan keatas..
jika capai 42.5 dan keatas dah dikira hyperthermia..suhu yang teramat tinggi yang boleh mengundang maut.) 

2)air bali
 untuk menggalakkan buang air kecil
 bagi mengurangkan suhu badan..
 petua ni aku dapat dari kawan aku yang pernah kena demam denggi...

tu jewla yang aku dapat kongsikan...
jika ada mengalami tanda-tanda yang telah saya nyatakan diatas,,
lekas lah g hospital..
jumpa doktor..
takut melarat..

thats all from me..
tq,,,
moga bermanfaat....

Monday, 24 June 2013

ubat dengan air hujan :)

Perkongsian ikhlas Tok Adi

Raja segala ubat


Banyak orang tidak tahu kalau 'air hujan' merupakan raja segala ubat. Terkadang orang yang terkena air hujab menjadi demam selsema. Dalam hal ini, ulama dahulu telah menemukan cara tersendiri bagi memanfaatkan air hujan melalui ayat Al- Quran.


1) Ketika hujat turun (lebih2 lagi kalau hujan turun pertama kali setelah musim kemarau panjang) sediakanbekas dihalaman rumah, diatas genting atau dimana saja yang bagi menadah air hujan secara terus dari langit.

2) Kalau sudah penuh tuangkan air hujan itu kedalam bekas plastik dan ikatlah agar tidak tumpah. Simpan semalaman.

3) Kemudian buka tutupnya sedikit dan bacakan:
-surah al fatihah
-surah al ikhlas
-surah al falaq
-Surah an nas
-Ayat kursi

Tiap 1 surah dibaca 70 kali, dihembuskan ke dalam bekas plastik tersebut. Setelah selesai tutup rapat2.

Selanjutnya simpan baik2, untuk ubat dimana diperlukan. Baik luar mahupun dalam, untuk ubat luaran atau diminumkan sedikit2 ketika sakit selama seminggu berturut2. Dengan izin Allah atas kebesarannya segala penyakit akan sembuh.

Selanjutnya dikatakan bahawa cara ini sudah berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :

-agar cepat hamil
- sakit mata
- menawarkan sihir
- sakit gigi
- batuk kahak
- sakit dada
- sakit dalam perut
- batu karang
- sering merasa haus

Harap dapat dimanfaatkan dan dikongsi sesama umat... Percaya dan yakin pada Al-Quran sebagai panduan hidup kita

Monday, 6 May 2013

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA!

JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.




Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas.
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain